Sembelit adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak, terutamanya apabila mereka sedang membesar dan mencuba pelbagai jenis makanan. Namun, tak semua makanan sesuai untuk sistem penghadaman si kecil. Berikut adalah senarai makanan yang boleh menyebabkan sembelit jika diambil secara berlebihan.
Ramai anak kecil yang sensitif terhadap protein susu lembu. Ia boleh menyebabkan sistem penghadaman jadi perlahan dan najis menjadi keras.
✅ Alternatif sihat: Susu kambing Lazz Orgamilk Plus – lembut pada perut, tanpa gula tambahan, dan sesuai dari umur 6 bulan ke atas.
Contohnya nugget, kentang goreng, ayam goreng. Lemak berlebihan melambatkan proses penghadaman dan menyebabkan najis keras.
Makanan seperti sosej, mee segera dan biskut tinggi gula biasanya rendah serat. Ia boleh buat najis jadi kering dan sukar dikeluarkan.
Roti putih dan nasi putih kurang kandungan serat. Jika diambil tanpa sayur atau buah, mudah menyebabkan sembelit.
Bukan makanan, tapi gaya makan. Anak yang kurang minum air dan tak cukup buah/sayur mudah sembelit. Tambahan pula jika suka makanan kering saja.
Untuk elak masalah sembelit berpanjangan:
✅ Beri makanan tinggi serat seperti buah betik, pisang, brokoli, oat.
✅ Pastikan anak minum air secukupnya setiap hari.
✅ Tukar kepada susu yang lebih mudah hadam seperti Lazz Orgamilk Plus – susu kambing dengan rumusan khas untuk anak sembelit, ekzema & alahan susu lembu.
Pemakanan anak memainkan peranan penting dalam kesihatan sistem penghadaman mereka. Jika anak kerap sembelit, cuba semak semula apa yang mereka makan setiap hari. Kadang-kadang, perubahan kecil seperti tukar susu dan lebihkan serat sudah cukup untuk bantu anak kembali lawas.
Nak kami bantu selesaikan MASALAH SEMBELIT anak anda?