Sembelit di kalangan kanak-kanak bukan sahaja menyakitkan, malah boleh mengganggu emosi dan perkembangan harian mereka. Bayangkan anak merengek di tandas, perut keras, dan menangis sebab tak dapat buang air besar β ibu mana tak risau?
Berita baiknya, banyak cara semula jadi untuk atasi sembelit tanpa bergantung kepada ubat.
Serat membantu melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.
Antara sumber serat mesra kanak-kanak:
Buah: betik, pisang, epal dengan kulit
Sayur: brokoli, bayam, lobak
Bijirin penuh: oat, roti gandum, nasi perang
π’ Tip: Campurkan buah dalam yogurt atau buat smoothie untuk tarik selera anak.
Air penting untuk bantu serat berfungsi dengan baik.
Kekurangan air = najis keras dan susah nak keluar.
Galakkan anak minum air kosong, bukan air manis.
Letak straw atau botol kartun comel supaya anak teruja minum.
Pergerakan fizikal membantu sistem penghadaman lebih lancar.
Kanak-kanak yang aktif biasanya lebih lawas.
Beri masa untuk anak bermain bebas
Buat aktiviti indoor seperti senam ringan atau menari
Sesetengah susu, terutamanya susu lembu, mungkin membuatkan sistem usus anak jadi perlahan.
π’ Ramai ibu kini beralih kepada susu kambing seperti Lazz Orgamilk Plus:
Tanpa gula tambahan
Mengandungi prebiotik semulajadi
Lebih mudah dihadam
Sesuai dari usia 6 bulan ke atas
Biasakan anak duduk di tandas pada waktu tertentu, seperti selepas sarapan.
Ia bantu melatih sistem badan dan elak anak menahan najis terlalu lama.
Sembelit boleh dirawat secara semula jadi jika ibu bapa tahu punca dan cara pencegahannya. Dengan perubahan kecil dalam diet, aktiviti harian, dan jenis susu, anak boleh kembali ceria dan lawas tanpa perlu bergantung kepada ubat pencuci perut.
Nak kami bantu selesaikan MASALAH SEMBELIT anak anda?