“Dah 3 hari anak tak yak… Tapi tak nampak pun dia tak sihat.”
Ramai ibu bapa anggap anak tak buang air besar selama 2–3 hari itu biasa. Tapi sebenarnya, itu mungkin tanda awal sembelit yang boleh jadi lebih serius kalau dibiarkan. Sembelit di kalangan kanak-kanak bukan sekadar isu ‘tak lawas’ — ia boleh jejaskan keselesaan, emosi dan juga tumbesaran anak.
Sembelit berlaku apabila anak :-
- Tidak buang air besar 2 hari atau lebih
- Najis keras dan kering
- Mengelak atau menangis bila nak yak
- Mengadu sakit perut atau rasa penuh di bahagian perut
Kadang-kadang, anak sembunyikan rasa tak selesa ni sebab takut ke tandas. Ini buatkan masalah jadi lebih teruk.
Antara sebab biasa yang menyebabkan sembelit ialah :-
✅ Kurang minum air – Terutamanya bila cuaca panas atau anak terlalu aktif.
✅ Kurang serat dalam diet – Tak cukup sayur, buah atau bijirin.
✅ Terlalu banyak makanan proses – Seperti nugget, jajan, kek dan makanan bergoreng.
✅ Alahan terhadap susu lembu – Bagi sesetengah anak, protein dalam susu lembu boleh menyebabkan masalah usus dan sembelit.
✅ Kurang bergerak – Terlalu lama mengadap TV atau gajet, kurang aktiviti fizikal.
✅ Kerap tahan buang air besar – Mungkin sebab takut tandas, atau tak selesa di tempat asing.
Jangan pandang ringan ya ibu ayah — sembelit yang berlarutan boleh menyebabkan :-
❗ Luka atau pendarahan di dubur (anal fissure)
❗ Trauma untuk ke tandas
❗ Perut selalu kembung atau sakit
❗ Kurang selera makan
❗ Gangguan pada pertumbuhan atau mood anak
Berikut antara langkah-langkah mudah yang boleh mula dilakukan dari rumah :-
🍎 Lebihkan serat – Masukkan lebih banyak buah seperti betik, pisang masak, oren dan sayuran dalam menu harian.
💧 Pastikan cukup air – Ajarkan anak bawa botol air sendiri dan galakkan minum dengan kerap.
🚶 Aktiviti fizikal ringan – Galakkan anak bergerak, bermain, dan tidak duduk terlalu lama.
🛁 Rutin buang air tetap – Biasakan anak ke tandas selepas waktu makan, walaupun tiada rasa mendesak.
🥛 Susu yang mudah hadam – Untuk anak yang sensitif, boleh cuba tukar kepada alternatif yang lebih lembut untuk perut seperti susu berasaskan tumbuhan atau susu kambing yang lebih mudah dihadam.
Jika sembelit berlarutan lebih dari seminggu, najis berdarah, atau anak mengalami kesakitan melampau — sebaiknya bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sembelit bukan isu remeh. Ia beri kesan kepada fizikal dan emosi anak. Dengan sedikit perubahan gaya pemakanan dan rutin harian, ramai anak mula buang air besar dengan lebih mudah dan selesa. Konsisten itu kunci utama.
Nak kami bantu selesaikan MASALAH SEMBELIT anak anda?