Kulit anak gatal tak berhenti, kadang sampai berdarah sebab terlalu kerap digaru. Malam pun susah tidur.
Ramai ibu tak tahu, masalah ini mungkin bukan sekadar kulit kering — tetapi tanda ekzema.
Ekzema bukan sesuatu yang asing, dan makin ramai kanak-kanak mengalaminya sejak usia bayi lagi. Ia bukan saja ganggu keselesaan anak, tapi beri kesan kepada emosi dan perkembangan mereka.
Ekzema ialah keadaan kulit radang yang menyebabkan kemerahan, kegatalan, kekeringan dan kadang-kadang luka.
Jenis paling biasa di kalangan kanak-kanak ialah Atopic Dermatitis. Ia sering muncul pada pipi, siku, lutut dan leher. Ekzema boleh berlaku secara berulang dan ada yang kronik.
Kulit kemerahan, bersisik dan kering
Gatal berterusan, terutama waktu malam
Kawasan terlibat: pipi, siku, lutut, leher
Kulit mudah luka dan berdarah akibat digaru
Tidur anak terganggu kerana rasa tidak selesa
Keturunan (ibu bapa ada asma, resdung, alergi)
Alergen seperti habuk, bulu haiwan, hama
Bahan kimia dari sabun, syampu, detergen
Pemakanan seperti susu lembu, telur, kekacang, makanan laut
Sistem penghadaman tidak sihat (gut imbalance)
Luka dijangkiti kuman atau bakteria
Gangguan tidur dan emosi anak
Kurang keyakinan diri (terutama bila masuk tadika/sekolah)
Kesan psikologi jangka panjang jika tidak diurus dengan baik
Gunakan pelembap bebas steroid setiap hari (sebaiknya selepas mandi)
Gunakan sabun dan syampu tanpa pewangi atau bahan kimia keras
Kenal pasti dan elakkan pencetus seperti makanan atau bahan alergen
Jaga pemakanan anak – lebihkan sayur, buah, makanan semula jadi
Cuba alternatif susu yang lebih lembut seperti susu kambing untuk sesetengah anak yang sensitif
Gatal melampau hingga berdarah
Kulit bernanah atau berair
Anak tak cukup tidur atau hilang selera makan
Ubat sapu biasa tidak lagi berkesan
Ekzema memang tak mudah, tapi bukan tak boleh dikawal.
Dengan rutin penjagaan harian yang konsisten dan pemakanan yang betul, ramai anak-anak ekzema mula menunjukkan perubahan positif.
Yang penting: ibu bapa perlu peka dan teruskan usaha dengan sabar.
Nak kami bantu selesaikan MASALAH EKZEMA anak anda?