'FREE DELIVERY' UNTUK PEMBELIAN RM100 DAN KE ATAS


ABOUT US


🌿 KISAH KAMI

Lazz Susu Kambing diasaskan oleh syarikat bumiputera Muslim dan mula beroperasi sejak tahun 2015, berpusat di Seremban, Negeri Sembilan.

Sejak awal penubuhan, kami komited untuk menyediakan produk susu berasaskan susu kambing dan kurma yang berkualiti, halal, dan bermanfaat untuk seisi keluarga.

💡 KENAPA KAMI MENJALANKAN MISI INI
Segalanya bermula dari minat mendalam dalam dunia keibubapaan dan penyusuan bayi.

Pengasas Lazz, Puan Norhayati Mohd Redha, bertekad untuk membantu lebih ramai ibu yang mengalami cabaran dalam menyusukan anak. Beliau percaya bahawa gabungan susu kambing dan kurma adalah formula semula jadi yang sangat membantu dalam menyokong keperluan pemakanan ibu dan bayi.

Dari situ, Lazz terus berkembang dengan pelbagai variasi produk yang sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu, warga emas, dan juga pasangan yang sedang berikhtiar untuk hamil.

🎯 SIAPA SASARAN KAMI
Ramai beranggapan bahawa susu kambing hanya sesuai untuk ibu menyusu. Sebenarnya, susu kambing adalah untuk semua peringkat umur, dari anak kecil seawal 6 bulan hingga ke warga emas.

Kami amat bersyukur kerana sehingga hari ini, Lazz telah menjadi pilihan ribuan keluarga – termasuk kanak-kanak yang mengalami sembelit dan ekzema, ibu hamil yang menghadapi masalah HB rendah, serta pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.





Susu Kambing Asli
Orgamilk®️ : Organic Milk, menggunakan serbuk susu kambing gred terbaik & organik dari Holland dan diimport ke Malaysia.

Bebas GMO
Bahan mentah organik, tidak melalui proses modifikasi genetik lebih selamat digunakan terutamanya kepada kanak-kanak.

Tiada Gula Tambahan
Kurang manis untuk semua peringkat umur & mengelakkan ketagihan gula di kalangan kanak-kanak.

Tanpa Perisa & Pewarna Sintetik
Mengekalkan rasa & warna semulajadi yang selamat untuk kegunaan pelbagai peringkat umur.